Monday 3 December 2012


SLZ 1NN BUKIT PERAKSI, SEMERAK,PASIR PUTEH, KELANTAN
Bukit Peraksi merupakan nama yang cukup masyhur kepada seluruh rakyat Malaysia sebagai salah satu lokasi untuk melihat anak bulan. Di sinilah letaknya SLZ INN yang menyediakan kemudahan tempat penginapan dan berehat untuk pengunjung dan pelawat yang ingin berkunjung ke Bandar Pasir Puteh, Pekan Kuala Besut, Jeti ke Pulau Perhentian, Pengkalan TUDM Gong Kedak dan Pelabuhan Perikanan Tok Bali.Berkonsepkan penginapan suasana kampung, SLZ INN dapat memberi anda ketenangan sepanjang anda berada disini. Lokasinya yang terletak di kaki Bukit Peraksi berhadapan dengan sawah padi yang terbentang luas membuatkan anda merasa cukup selesa dan nyaman.

Di SLZ INN Bukit Peraksi kami mempunyai 12 Bilik, 1 Unit Homestay 3 Bilik dan 1 Dewan terbuka yang dapat menampung lebih kurang 100 orang pengunjung dalam satu masa. Selain berfungi sebagai tempat penginapan, SLZ INN juga dibuka untuk tempahan kepada agensi kerajaan, syarikat swasta dan orang awam untuk digunakan sebagai tempat  mengadakan program kem motivasi, kem kerjaya, hari keluarga, majlis perkahwinan, Bengkel kebudayaan dan sebagainya. Kemudahan-kemudahan lain yang terdapat berhampiran SLZ INN ialah gelanggang futsal terbuka, Padang Bolasepak, Padang Bolajaring, Jungle Tracking Bukit Peraksi dan Kedai Makan ALEMY MEGGI KETAM yang paling tersohor di Kelantan.

Jarak SLZ INN Bukit Peraksi dengan kawasan yang tersebut di bawah sebagaimana butiran berikut :

-         Pelabuhan Tok Bali 3 KM

-         Pantai Peranginan Bisikan Bayu 3 KM

-         Pengkalan TUDM Gong Kedak 7 KM

-         Agro Vokasional Pasir Puteh 7 KM

-         Pekan Kuala Besut 8 KM

-         Jeti Ke Pulau Perhentian 8 KM

-         Kolej Islam Sains Dan Teknologi (KIST) Kandis Bachok 8 KM

-         Bandar Pasir Puteh 12 KM

-         IPG Kampus Sultan Mizan Besut 12 KM

-         MRSM Kota Putra Besut 12 KM

-         Bandar Jerteh 15 KM

Di SLZ INN Bukit Peraksi kami menawarkan kadar sewa bilik sepertimana berikut :



















Anda ingin membuat tempahan atau pertanyaan sila hubungi :

Cikgu Sulizi  : 019-9369469 / 013-9148000

Cikgu Wan Mayuni : 019-9347198

Pn. Roshamimi : 017-9191012

0 comments:

Post a Comment